salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan belia Makenta adalah Gaya Hidup Sihat yang dilakukan di Kg. Entabuan Tenom. :)
org2 besar pun ikut serta.. :))
Monday, September 27, 2010
Sunday, September 26, 2010
tarian manggunatip yag ditarikan oleh Makenta dancer.. :)
tarian ini di choregraphy oleh Pn. Rozy Yanti C Madis. Paluan gong diketuai oleh En. Madis Charton Suman. pengurus penari En. Galus Barigil
tarian ini di choregraphy oleh Pn. Rozy Yanti C Madis. Paluan gong diketuai oleh En. Madis Charton Suman. pengurus penari En. Galus Barigil
Posted by Rachel Angelica at 2:27 AM 0 comments
apa itu tarian manggunatip?
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit.
Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.
kini tarian ini diiringi dengan paluan gong untuk memberikan rentak dan menambahkan seri pada tarian ini. :)

Posted by Rachel Angelica at 12:22 AM 0 comments
Saturday, September 25, 2010
dance! dance! dance! :)
this is manggunaip dance yang dipersembahkan oleh anak-anak @ belia-belia muda Makenta. Group tari ini dikenali sebagai MAKENTA DANCER.
tarian ini terkenal bagi suku kaum murut di daerah Tenom. selalunya ditarikan pada pesta kamataan atau pada hari-hari keramaian.
tarian ini terkenal bagi suku kaum murut di daerah Tenom. selalunya ditarikan pada pesta kamataan atau pada hari-hari keramaian.
Posted by Rachel Angelica at 11:56 PM 0 comments
apa itu MAKENTA?
Makenta adalah gabungan nama daripada 3 buah kampung iaitu, kampung Makatabau, Makakumpai dan juga kampung Entabuan yang terletak di daerah Tenom, Sabah. Penubuhan persatuan ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim diantara ketiga-tiga kampung tersebut. selain itu, ia juga bertujuan untuk memgumpulkan belia-belia dan anak-anak muda daripada ketiga-tiga kampung ini untuk melakukan aktiviti yang berfaedah. Antara aktiviti yang pernah dilakukan oleh persatuan ini ialah Program Kemasyarakatan dan gaya hidup sihat. Selain itu, Makenta juga terlibat dalam memperkenalkan tarian tradisional Sabah terutamanya tarian Manggunatip yang cukup terkenal di daerah Tenom.
Posted by Rachel Angelica at 11:37 PM 3 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)